Lelaki Baru Sedar Sudah 4 Tahun Mata Pisau Dalam Otaknya

Seorang lelaki yang pergi menemui doktor untuk mengadu sakit kepala terkejut apabila menyedari mata pisau sepanjang empat inci sudah terbenam di dalam otaknya selama lebih 4 tahun.

Li Fu dari daerah Yunan, China pernah ditikam dalam satu kejadian rompakan pada tahun 2006, dan mata pisau yang digunakan untuk menikamnya telahmenembusi tulang tengkoraknya (kranium).

Namun begitu, meskipun dia telah menerima rawatan kerana kecederaan yang dialaminya, doktor yang merawatnya tidak menyedari tentang mata pisau yang tertanam begitu dalam di tengkorak lelaki berusia 37 tahun itu.



Apa yang lebih menghairankan, kewujudan mata pisau di dalam otak Li tidak disedari sehinggalah bulan lalu akibat sakit kepala yang berterusan akhirnya mengejutkan para doktor apabila mereka menemui hal ini selepas menjalankan imbasan sinar-x yang rutin.

Li dan keluarganya sangat terkejut melihat hasil imbasan x-ray, mereka juga meminta pandangan sebelum melakukan pembedahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s