Calon Suami

Calon Suami

Calon Suami yang dicari-cari oleh setiap wanita semestinya mahukan seorang Suami yang terbaik serta yang mampu membimbingnya ketika di alam berumah tangga hinggalah keakhir hayatnya kelak.Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.Tips memilih calon suami.

calon-suami

Berikut adalah beberapa ciri-ciri calon suami yang dicari….

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Seorang yang kuat amalan agamanya. Sentiasa menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa terpelihara dan memakai pakaian yang besih dan sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlak yang baik dan terpuji, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, tidak terbatas kepada yang tua atau muda, lelaki mahupun perempuan dan ini melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas dalam mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Seorang yang amanah apabila diberikan tanggungjawab, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Bijak menguruskan kewangan, tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang berbual.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama dengannya.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Beradap ketika makan, tidak gelogoh, makan dengan sopan

11. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada…Pasang niat dan berdoa untuk mencari dan menjadi suami terbaik. Semoga berjaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s