23 Fakta Menarik – Part 3

Fakta Menarik – Part 3

Masa untuk Merehatkan Minda…! 23 FAKTA Menarik yang Patut Korang semua tahu……Berikut adalah 23 fakta menarik untuk tatapan anda semua. Samada betul atau tidak fakta ini perlu diselidiki dengan lebih lanjut kerana artikel ini dipetik daripada beberapa laman di internet. Semoga ianya mungkin boleh menjadi info yang berguna atau setidaknya menjadi renungan buat kita semua….Tahukah Anda Bahawa….

1. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

2. Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
3. Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.

4. Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.

5. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.

6. Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

7. Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.

8. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.

9. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari

10. Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari

11. Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.

12. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

13. Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita bercakap pada diri sendiri)

14. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus

15. Orang German cuba untuk meniru Coca-cola dan menghasilkan Fanta

16. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

17. Begitu juga, seseorang manusia yang normal tidak akan dapat sekali-kali menjilat sikunya dengan lidah

18. Coca-cola pada asalnya dibuat berwarna hijau, tidak seperti warna yang ada sekarang

19. Hasil darab 2 nombor yang sama di bawah adalah unik iaitu:

111,111,111 x 111,111,111 = 12,345,678,987,654,321

20. Madu asli adalah satu-satunya makanan di dunia ini yang tidak akan expire (luput dan rosak). Sebagai contoh, madu dalam balang yang dijumpai bersama dalam makam kuno Mesir masih boleh dimakan walau pun ianya telah berkurun lamanya.

21. Kadangkala ada di kalangan kita yang memiringkan kepala ke samping (sideways) hanya semata-mata untuk melihat sebuah senyuman ini –>  : )

22. Jangan padam ayat di bawah!!! Cuba baca seboleh mungkin..Dua versi disediakan iaitu dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Bahasa Melayu
Syaa snuuggh tdaik praceya ynag syaa sbaeneryna fhaam apa ynag dbicaa dsiini. Kausa aijab oatk msnuiaa. Mngekiut kjaain drai Uvnreistii Cmabrigde, taidk kria apa snsuaun hruuf dlaam steasuu paktraaen, apa ynag ptnineg alaadh huurf ptamera adn thkairer dlaam sausteu paktraaen mtsei smaa daegnn ynag saal. Adna msiah beolh mmbeaca aayt ini karnea ini aldaah kliebeahn oatk msunaia ynag debiir oelh Pcnpeitayna. Ini kanrea oatk ktia tadik mmceaba hruuf dmei huurf tapeti sbageai stau paktraaen. Mnggeumakn huh?

Bahasa Inggeris

I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid. Aoccdrnig to rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn’t mttaer in what oredr the ltteers in a word are, the olny iprmoatnt tihng is that the first and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it wouthit a porbelm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe.
Amzanig huh?

23. Dan akhir sekali ….. tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca Fakta Menarik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku masing-masing. he..he..he…he..atau ada juga yang cuba menjilat sikunya sendiri. Ajaib ya? Kalau ada yang dapat melakuknya, rasanya….Tak normal la orang itu maknanya!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s