23 Fakta Menarik

Masa untuk Merehatkan Minda…! 23 FAKTA Menarik yang Patut Korang semua tahu……Berikut adalah 23 fakta menarik untuk tatapan anda semua. Samada betul atau tidak fakta ini perlu diselidiki dengan lebih lanjut kerana artikel ini dipetik daripada beberapa laman di internet. Semoga ianya mungkin boleh menjadi info yang berguna atau setidaknya menjadi renungan buat kita semua….Tahukah Anda Bahawa….

1. Jika anda bersin terlalu kuat, anda dapat meretakkan tulang rusuk. Jika anda cuba menahan bersin, anda boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah, dan akan menyebabkan kematian. Jika memaksa mata terbuka sewaktu bersin, bola mata boleh terkeluar dari tempatnya.

2. Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip

3. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud

4. Kanak-kanak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa punya 32.

5. Seorang ayah lebih cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya

6. Setiap pusingan 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Pusingan ini dinamakan “Solarmax”.

7. Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

8. Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code’ bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code’ adalah `chewing gum’ Wrigleys.

9. Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

10. Obor-obor terdiri dari 95% air

11. Kulit kuda belang adalah putih yang bergaris hitam

12. Kecuali manusia dan monyet, semua mamalia buta warna

13. George Washington Carver mencipta mentega kacang (peanut butter)

14. Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luarbiasa.

15.Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY. Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut.

16. Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.

17. Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson, Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan pasukan hoki ais Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.

18. Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.

19. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

20. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

21. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

22. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

23. Matahari memiliki tenaga yang cukup untuk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s