23 Fakta Menarik – Part 2

Fakta Menarik – Part 2

Masa untuk Merehatkan Minda…! 23 FAKTA Menarik yang Patut Korang semua tahu……Berikut adalah 23 fakta menarik untuk tatapan anda semua. Samada betul atau tidak fakta ini perlu diselidiki dengan lebih lanjut kerana artikel ini dipetik daripada beberapa laman di internet. Semoga ianya mungkin boleh menjadi info yang berguna atau setidaknya menjadi renungan buat kita semua….Tahukah Anda Bahawa….

1. Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).

2. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

3. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

4. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

5. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

6. TAK SEMPAT NAK LELAPKAN MATA! Kalau anda menaiki penerbangan di Scotland iaitu di sebuah pulau bernama Westray ke pulau yang berjiran dengannya iaitu Pulau Papa Westray, anda mungkin tidak sempat untuk melelapkan mata seketika kerana perjalanan tersebut memakan masa hanya 2 minit. Penebangan terpendek di dunia!

7. OLIVE FREE – Pada tahun 1987, American Airlines dapat berjimat sebanyak USD$40,000 dengan tidak menghidangkan hanya sebiji OLIVE pada sajian Kelas Bisnes mereka.

8. MELANCUNG KE ICELAND? – Kalau anda melancung ke Iceland, jangan sekali-kali anda memberi tip di restoran kerana amalan tersebut dianggap sebagai menghina mereka di sana.

9. Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

10. Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

11. Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf ‘E’.

12. Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

13. Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.

14. Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.

15. Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.

16. Anda mungkin telah mengetahui bahawa bahawa bayi yang baru lahir menangis tanpa mengeluarkan air mata.

17. Jantung kita berdegup lebih daripada 1 juta kali sehari.

18. Wanita mengelipkan matanya 2 kali banyak daripada lelaki.

19. Rambut lelaki membesar lebih cepat daripada wanita.

20. Panjang dari pergelangan tangan anda hingga ke siku adalah sama panjang dengan kaki anda.

21. Andai kesemua bungkah air batu – dianggarkan 23 juta kilometer padu – di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

22. Jambatan gantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

23. Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s